ibu...

>> Friday, May 06, 2005

Assalamualaikum w.b.t.

hmm...hari ni perkara yg asyik aku dgr memperkatakan tentang ibu... radio era pagi tadi memberi peluang pada pendengar utk meluahkan kasih sayang terhadap ibu bersempena dgn hari ibu ahad ni... then hitz tadi utk segmen gotcha... dia minta caller yg nak kenakan prank kat ibu mereka... kelakar dgr prank tu... then... topik khutbah jumaat hari ni turut memperkatakan tentang ibu.. diceritakan tentang kepayahan dan pengorbanan ibu dlm mengharungi segala keperitan untuk memastikan kita dpt melihat dunia ini...tidak berhenti setakat itu, kita dibesarkan dgn penuh kasih sayang... ada disebut satu hadis.. lebih kurang cam ni la dia sebut tadi aku pun lupa plak... ada seorang bertanya pada Rasulullah s.a.w, siapa yg perlu kita utamakan... jawab Rasulullah s.a.w, ibumu..ibumu..ibumu..kemudian ayahmu...dan kemudian org yg terdekat dgnmu... betapa besarnya martabat seorang ibu itu... sepatutnya, kita perlu menunjukkan kasih sayang kepada ibu kita sepanjang masa... bukan pada hari ibu sahaja... selagi peluang masih ada utk bersamanya, manfaatkanlah sebaiknya... bagi mereka yg sudah tidak berpeluang lagi, sentiasalah berdoa utk kesejahteraannya di sana, teruskan berusaha utk memenuhi cita2nya dan sentiasa ingat akan pesanannya... begitulah sedikit sebanyak intisari khutbah tadi yg aku rasa cukup bermakna... mengingatkan aku pada tanggungjawab dan perjuangan hidup yg masih perlu diteruskan... hmm.. kepala terasa pening... berpinar2 mata aku tgk skrin ni... tak tau la nape... rasa cam nak pitam pun ada... huhuhu... better shutdown my system...okess

0 comments:

My Blog Log

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP