life...

>> Sunday, April 03, 2005

Assalamualaikum w.b.t.

hmm... tetiba aku terasa cam nak ckp pasal life ni.. nape ek.. blog aku "life goes on" kan.. sorang classmate aku x-pc ni blog dia "life is beautiful".. pastu plak blog okino yg mabuk2 tu "life is complicated" (sekarang dah jadi "TIADA" plak... dia ubah ni sebab dia XXX hari tu kut.. huhuhu)... terfikir plak.. ketiga2 terms ni menggambar apa itu kehidupan.. hakikatnya kehidupan itu suatu nikmat Allah s.w.t yg tak dpt dibeli dgn duit.. kita perlu melalui kehidupan ni walau apa jua keadaannya kerana setiap yg berlaku itu ada hikmah disebaliknya... setiap kita menghadapi laluan kehidupan yg berbeza... ada yg dikurniakan Allah dgn kesempurnaan dan ada juga yg sebaliknya... ada yg sihat dan juga ada yg sakit... perbezaan2 ini membentuk setiap kita dgn character yg tersendiri sejajar dgn pengalaman kehidupan yg dilalui...

cam serius plak kali ni ek.. takpe la.. lama dah aku tak tulis pasal falsafah ni... rindu plak... bagi aku, walau apa pun kehidupan mesti diteruskan... pelbagai dugaan dan cabaran hidup ini perlu ditempuhi walaupun cukup perit dan complicated sekali pun... apa yg perlu difocuskan ialah pada saat yg sedang dilalui dan akan dilalui... saat yg telah berlalu perlulah dilupakan ataupun disimpan sebagai kenangan ataupun dijadikan sebagai pedoman dan panduan yg berguna utk masa depan... aku menggunakan masa lampau sebagai suatu semangat dan dorongan utk terus melangkah kehadapan... kehidupan ini indah sekiranya kita menciptakan ia indah... ia akan menjadi complicated sekiranya kita melihatnya sebagai suatu yg complicated...hmm.. pening plak aku baca ayat aku tu...harap korang paham la ek... kesimpulannya, setiap kita ada pengalaman hidup masing2... kita tidak dpt merasa perasaan kehidupan org lain hanya dengan melihat... perasaan sebenar hanya dpt dirasai apabila kita sendiri berhadapan dengannya...

rasanya cukup la setakat ni aku berfalsafah... lebam plak... haa.. lupa plak.. aku nak ambik kesempatan yg ada ini utk mengucapkan tahniah kepada one of best friends, Nor Faridah @ Fayed, yg telah berjaya menamatkan ijazah perubatan HUKM... congrats Dr Fayed!!!! horey :-)... nanti blanje ek... kan betul ckp aku, ko boleh punya... apa lagi nak tulis ek.. lebam ni... terasa ngantuk amat sgt.. ok la.. nak tido dulu... huhuhu :-p

1 comments:

Anonymous 5:41 pm, April 05, 2005  

Meh la kita tulis comment ye... Apa nak tulis? Letih arr..Demam haa...Panjang betul dia tulis..byk lak idea ye...Kenapa boleh byk idea ya? Bila baca sekali, tak paham langsung. Bila baca 2nd time, baru faham sket2.. Sori lah, lembab sket harini..Betul-betul...sampai betul2 dah rasa sendiri je baru tau camne rasanya..Mmm...karma lah tu... -vrts-

My Blog Log

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP