AGM 2006: Village View Restaurant, Bangi
>> Sunday, March 05, 2006
*makanan yg diorder...
*ikan siakap stim halia...
dlm pertemuan kali ini, banyak perkara yg dibincangkan.. presiden juga telah bersetuju utk membenarkan pendedahan tentang sejarah penubuhan kelab dan juga perjanjian yg dinamakan deklarasi umah anip 2004... kelab freebies telah ditubuhkan sebelum kelab single.. kelab single mula ditubuhkan sekitar tahun 2004... AGM kali ini hanya membincangkan perihal perkembangan kelab single sahaja... freebies takde hal berbangkit... deklarasi umah anip adalah satu perjanjian yg dipersetujui oleh keempat2 ahli kelab ketika berada diumah anip... pada mulanya perjanjian dibuat secara tidak rasmi antara 3 ahli tertinggi kelab iaitu presiden, bendahari, timbalan presiden... tetapi perjanjian tersebut secara rasminya dipersetujui ketika kemasukan yat ke dlm ahli kelab... dan perjanjian itu dinamakan deklarasi umah anip 2004... isi kandungan perjanjian adalah 2 org pertama ahli kelab yg memula memasuki alam perkahwinan perlu membelanja ahli2 kelab makan di restoran berputar menara KL... 2 org yg terakhir itu selamat la... pada pertemuan kali ini, terdapat usul utk upgrade isi kandungan perjanjian iaitu kalau bertunang, dah kena blanje.. tak perlu tunggu kawin... tapi usul tersebut telah ditolak secara rasminya oleh presiden (nampak seperti presiden sendiri ragu2 dengan kedudukannya.. huhuhu)... disamping itu, presiden juga membenarkan identiti dan pengalaman dlm relationship setiap ahli didedahkan... pengalaman2 silam ini telah membuka laluan kepada penubuhan kelab yg cukup berjaya ini... so aku mulakan dengan memperkenalkan presiden kelab...
Jawatan: Presiden
Pengalaman Dlm Percintaan:
i) Bercinta yg akhirnya gagal / bercouple - 3 kali ... sehingga kini aku masih di"haunted"...
ii) Cuba mengorat tapi gagal - 1 kali jek...
iii) Mereject / Hilang cam tu jek - 3 kali (betul ke ni???.. cam tak logik dek akal...hahaha)
Comment: "Bole tunjuk muka tapi mata aku kena censored.. nanti ex2 aku tgk habis la... aku benar kasi siar pengalaman lampau jek... status terkini private and confidential... tak bole cerita... tapi aku kasi kelonggaran rule kelab.. ahli kelab dibenarkan having relationship... amat digalakkan supaya cepat aku dapat makan ekslusif.. saje nak bagitau, aku ni ahli seumur hidup.. so peluang aku cerah utk dibelanja... muahahaha"
Jawatan: Bendahari
Pengalaman Dlm Percintaan:
i) Bercinta yg akhirnya gagal / bercouple - belum pernah (simpati siot)
ii) Cuba mengorat tapi gagal - 2 kali (relax coach... bunga bukan sekuntum)
iii) Mereject / Hilang cam tu jek - belum pernah gak (sekali lagi kami bersimpati.. huhuhu)
Comment: "Aku ni nama jek bendahari kelab... tapi tak pernah pegang duit kelab pun.. kelab pun bukan ada duit.. semua pun free jek... jawatan ni diwujudkan atas tujuan nak biar nampak rasmi jek.. hampeh tul pres kelab ni.. tubuhkan kelab takde nak fund duit pun... status terkini no comment la.. kan pres dah cakap status terkini keep private and confidential...walaupun resume aku paling tak best, result dia sama jek ngan budak 3 ekor ni... pengalaman tidak memastikan kejayaan dlm memikat wanita... aku ni tak kisah pun kalau menjadi antara 2 org yg kena blanje makan kat restoran berputar tu... lagipun aku yg bayar utk AGM dinner ni... kesian la diorang ni semua suka makan free jek... diorg tu memang kemut2 semua... aku gak la yg baik hati... AFUNDI coach yek..."
Jawatan: Timbalan Presiden
Pengalaman Dlm Percintaan:
i) Bercinta yg akhirnya gagal / bercouple - 1 kali ... live once, love once... kuch2 hotak hang :-p
ii) Cuba mengorat tapi gagal - 3 kali tak silap aku..2 kali direject..1 lagi tak tau apa citer / undecideable
iii) Mereject / Hilang cam tu jek - 1 kali jek...
Comment: "Aku ni tunggu masa presiden tergugat pendirian jek.. bole ambik kesempatan tu utk ambik alih kuasa... presiden tu ngaku ahli seumur hidup konon... cam bole caya jek... hopefully dlm tahun ni ada la salah sorang dari diorang 3 org tu masuk alam perkahwinan... boleh makan free.."
Jawatan: Ahli biasa / Ahli tido / Pelaksana tugas2 khas @ keje2 tak sihat
Pengalaman Dlm Percintaan:
i) Bercinta yg akhirnya gagal / bercouple - 3 kali ...
ii) Cuba mengorat tapi gagal - 1 kali jek ... ni gagal sebab aku poyo berlakon minat AF sebab awek tu minat giler ngan AF.. last2 kantoi sebab aku cakap yg jadi juara AF1 tu spencer... rupanya vince... ntah mana datang nama spencer tu... menyesal betul kerana tak jujur...
iii) Mereject / Hilang cam tu jek - 4 kali... aku ni mereject jek, hilang cam tu jek takde dlm list.. tapi yg 1 aku pernah reject tu still open for further consideration kalau aku desperate nanti... huhu
Comment: "Aku ni tak pasal2 pegi masuk dlm deklarasi umah anip 2004... frust punya pasal la.. jumpa plak bebudak lebam semua ni... pastu terus join kelab... tapi aku ni taraf rendah jek la... position power semua diorang dah ambik dulu.. saje nak berlagak sket.. dlm kelab ni, aku punya resume percintaan yg paling power... presiden pun tak mampu challenge... hahaha"
begitulah ringkasan sejarah ahli2 kelab yg membawa kepada penubuhan kelab yg boleh dikatakan terkemuka ini.. AGM kali ni jugak ada discuss pasal recruit new member... tapi ada ke org nak masuk.. cam takde jek.. memandangkan kelab pun miskin cam kata bendahari, so tak yah la ambik ahli baru.. tunggu jek sampai ahli seumur hidup membubarkan kelab ni suatu hari nanti... apa lagi yg dibincangkan yek... oh yek.. presiden benarkan aku bagitau aktiviti kelab utk pengetahuan umum... sebab fungsi kelab ni org tak nampak sangat... so antara fungsi kelab adalah bersama2 mewujudkan suasana gembira dan harmoni, berkumpul bersama tgk live football matches, cuti2 malaysia, kalau perempuan lalu pakat tgk dgn memberitahu koordinat sasaran (presiden selalu kasi koordinat sasaran seksi jek), merangka lawatan ke rombongan kenduri kawin rakan2, mengejar apa saje yg free, memberi komen membina sekiranya diperlukan, mengutuk yg membina sekiranya diperlukan, pusat kaunseling, dan beberapa lagi aktiviti sihat yg berkaitan...
aku rasa cukup la banyak ni tentang AGM 2006 utk pengetahuan umum... perjumpaan kali ni amat berjaya.. kitorang balik kekenyangan... thanks coach blanje dinner AGM 2006 ni...
* makanan yg telah dihabiskan
*"job done dude..."
*bergambar bersama sebelum balik...
p/s:gambar last ni diambil oleh fotographer amoi tak professional yg dilantik oleh coach..
so rasanya setakat ni dulu utk update kali ni.. next update ntah bila plak.. kalau sempat aku tulis.. tapi selalu tu cam lebam jek.. okess :-p
p/s: gambar di bawah ni just saje letak jek.. ambik kat traffic light depan masjid Ar-Rahman masa on the way balik tadi..
11 comments:
Aku rasa aku orng pertama yg baca update ni, setelah terbangun dari tidur (masa ni men still tidur lagi, alarm kuat gila sebelah dia tidak berjaya membangunkan dia).
Akhirnya rahsia ahli2 kelab yg disimpan begitu lama ini telah didedahkan. Perlu diingat aku juga ada bercadang hendak merampas kuasa dari presiden, tetapi aura presiden sgt kuat, serta 2 MT lain yg jugak merancang hendak merampas kuasa gak, hampehs!!! (rancangan masing2 terpaksa dibatalkan untuk mengelakkan perang saudara).
Lepas ni susah nak merancang aktiviti2 sebab masing2 sudah sibuk dan ada yg duduk jauh (dan ada yg senyap2 je ada skandal, sebab nak mengelakkan spekulasi restoran berputar). Kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih pada coach yg telah open table pada mlm tu, dan aku pun tak tau nak tulis apa lagi daa (masa ni men dah bangun sebab nak jumpa j*****, dan aku yg masih blur2 ni cuba untuk mencari ilham camana nak memulakan thesis aku).
Sekian, terima kasih..
woi men,aku mana ada merejek/hilang begitu shj.. fakta mana pulak ko amik ni??
sbnrnya kelab ni ada byk nama..nama tak rasmi=kelab bujang terlajak,kelab desperate loser,kelab bujang dan dara..tp yg officialnya mcm yg men tulis kat perenggan pertama la..
baru aku sedar rupanya ramai ahli kelab yg nak gulingkan aku..hampeh..aku ahli seumur hidup tau..
tu la aku rasa figure tu tak betul.. sapa la yg nak kat ko sampai ko terpaksa mereject.. memang tak masuk akal.. kalau org nak ko lagi suka ada la... hahaha...
haha, aku pun musykil gak anip, nasib baik tak betul, hahaha.
aku baca story korg suma ni sampai nak pecah perut aku gelak..muahahaha...mari gulingkan pres!!!!!
kelakau giler..patut kita send cerita nih kat radio era..gitu2 diEra biar pecah perut org dgr..so ahli2 MT ngan ahli biasa Akue nak umumkan yuran tahun nih mungkin akan diadakan semula ekoran kenaikan harga minyak ( sila lihat banner yang berjaya di rakam oleh men)melambung tinggi..jadi utk tahun ini punggutan yuran akan diadakan dari rumah ke rumah dlm tempoh masa terdekat..(sediakan duit yang kecik) ..jumlah akan diputuskan oleh jemaah menteri nanti..satu lagi akue nak survey harga makan kat restoran berputar tuh..just nak prepare jea kalu ada antara ahli kelab nak tamatkan zaman bujang hehe akue rasa tuan presiden cam nak settel down jea..dia ada kata kat akue hari tuh.....heheheh so kepada semua pembaca kalu berminat utk mendaftarkan diri anda sila lah antar resume kpd tuan presiden.( boleh ganti presiden kalu presiden nak kawin)...yuran percuma utk 2 tahun pertama..
hehehe ok semua peace no war..
haram jadah kutuk aku..
kalau pompuan,aku rekemenkan meme utk join(taktik utk mkn free cepat)..
memang presiden kita tgh sangap tu.. dalam preparation dah tu... bergembira la kita dpt merasa presiden yg kedekut ni blanje restoran berputar... harga bole survey kat website.. tak pun call jek.. surely aku secara otomatik jadi presiden baru.. kan aku timbalan... korang jgn harap la nak rampas kuasa... hahaha..
meme toksah la masuk kelab ni.. nanti tak pasal2 ko plak kena blanje.. tapi kalau nak best mana2 perempuan yg sanggup volunteer utk ajak anip kawin ngan dia dipersilakan.. secara otomatik presiden terlucut jawatan bila kawin... muahahaah... sapa sanggup??.. hah takde sapa sanggup... memang patut pun tak sanggup.. sapa sanggup masuk mulut crocodile... betul tak yat, coach... meh pakat gelak ramai2... muahahahaha
men, ko x bg aku msk sbb x mau aku kena blnja korg eks?pernyataan tsbt bmakna aku cam ada potensi kawen awal bbndg korg la eks?hmm....tgh fikir jap...
......still fikir g.....
....hmm.....
........hmm.......
..........bsmbg thn dpn....
bukan apa.. kesian plak kalau ko masuk sekarang.. mana tau la kan.. tetiba ko rasa nak kawin when so sudden time tu datang ke.. susah plak nanti kena blanje.. kitorang dah sign agreement ni lama dah.. so cam dah biasa la.. tapi potensi kawin awal tu ada pada semua kecuali aku... so keep on thinking sampai tahun depan... huhuhu
men tak bagi ramai org masuk sbb dia takut kene belanje ramai org.. hehehe.. men dulu yg nk kahwin tu.. hahahaha
Post a Comment